Total Pageviews

Wednesday, April 23, 2014

4. Imam Ahmad Bin Hanbal



Harga:
S/M: RM 12.00
S/S: RM 12.00

Imam Ahmad bin Hanbal adalah seorang yang mempunyai sifat-sifat yang luhur dan tinggi, sepertimana yang dikatakan oleh orang-orang yang hidup sezaman dengannya dan juga yang mengenalinya. Beliau adalah imam bagi umat islam seluruh dunia, juga imam bagi Dar al-Islam dan mufti bagi negara Iraq. Beliau juga terkenal sebagai seorang yang arif tentang hadis-hadis Rasulullah SAW, penerang untuk dunia, sebagai contoh dan tauladan bagi orang-orang ahli sunnah, seorang yang sabar ketika menghadapi percubaab, soleh dan zuhud.

3. IMAM MALIK




Harga:
S/M: RM 12.00
S/S: RM 12.00

Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah. Imam Malik adalah seorang yang menghafaz al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW. Ingatannya sangat kuat dan luar biasa. Menjadi kebiasaan, beliau membuat kesimpulan mengenai hadis-hadis yang diajar oleh gurunya. Imam Malik ialah seorang imam dari kota Madinah dan imam bagi penduduk Hijaz. Beliau salah seorang dari pengikut kepada pengikut (Tabi' al-Tabiin).

Tuesday, April 22, 2014

2. IMAM ABU HANIFAH




Harga:
S/M: RM 12.00
S/S: RM 12.00

Kerajaan telah memaksa Imam Abu Hanifah supaya menjadi qadi' semasa pemerintahan Marwan, tetapi beliau enggan menerimanya. Mereka memukul kepalanya dengan kuat. Setelah dibebaskan, beliau tidak bimbang akan penahanan atau pukulan, bahkan katanya: "Bahawa kerunsingan aku terhadap ibuku lebih sakit dan pedih daripada pukulan di kepalaku,"

1. IMAM AL-SYAFIE

IMAM AL-SYAFIE


Harga:
S/M: RM 12.00
S/S: RM 12.00

Imam al-Syafie terkenal sebagai seorang tokoh yang pemurah dengan sedikit nikmat yang dimilikinya. Beliau terkenal dengan kefakiran pada sebahagian besar masa hidupnya. Biarpun begitu, apabila beliau memperoleh kadar pendapatan tertentu, beliau tidak keberatan membelanjakannya. Sifat ini disaksikan sendiri oleh mereka yang pernah menerima ilmunya atau mereka yang pernah bergaul dengannya.



Thursday, April 17, 2014

Warkah Buat Cikgu


Harga:
S/M : RM 22.00
S/S: RM 24.00


Jean Le Barson: “Guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Halifax: Kesedaran seorang guru yang dirinya guru, menyebabkan dia mudah lupa dia sendiri masih bodoh. Nietzche: Kebanggaan guru yang paling besar apabila ada murid melebihi darinya. Horace Mann: Guru yang mengajar tanpa menimbulkan dan menyemarak keinginan dan semangat belajar pada murid-muridnya, sama sahaja dengan orang yang menempa besi yang dingin.”

Travelog Kembara Ke Bumi Syria

Harga:
S/M: RM 12.00
S/M : RM 14.00


Buku karangan Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri berkenaan Syria ini untuk menjelaskan perjuangan rakyat Syria yang disorot daripada sudut sejarah dan perkembangan kontemporari. Penulisan untuk kali ini lebih kepada pengalaman dan pengajaran yang dapat diambil secara langsung. Catatan ini lebih bersifat diari harian selama 4 hari berada di bumi Anbiyak, Jordan.  Kami sempat membuat lawatan ke beberapa tempat bertujuan untuk meninjau sendiri kemelut yang berlakudi bumi Syria terhadap pelarian.


 


Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti


Harga:
S/M: RM 16.00
S/S: RM 18.00


Antara keistimewaan syeikh ialah bahasanya yang indah dan mudah difahami di samping ketinggian adab sasteranya yang begitu menyerlah. Biasanya, dalam ceramah yang disertai oleh ramai ulama khususnya Ihtifal Maulidul Rasul maka syeikh al-Buti akan menjadi penceramah terakhir dan menggulung perbincangan bahkan menambahkan fakta ilmiah yang baru berdasarkan pengamatan yang mendalam.

Tangisan Di Bumi Syria


Harga:
S/M: RM 15.00
S/S: RM 17.00


Tangisan Di Bumi Syria merupakan buku berkenaan pergolakan sebenar yang berlaku di bumi Syria. Buku ini membongkar kezaliman rejim Basyar Asad terhadap rakyatnya sendiri dengan pembunuhan , Penjara, Penyeksaan dan terpaksa menjadi pelarian. Pengarang menyebut pendirian para Ulama berkenaan isu Syria.

Indahnya Hidup Mencintai Rasullah S.A.W


Harga:
S/M: RM 10.00
S/S: RM 12.00

Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata: “ Ayat pemutus bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah SWT tetapi tidak menempuhi jalan Muhammad SAW, maka dia ialah pembohong dalam pengakuan cintanya itu sehingga dia mengikuti syariat dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya”. Justeru, buku Indahnya Hidup Mencintai Rasulluh ini dinukilkan oleh penulis supaya dapat menjelaskan kepada kita hakikat cinta kepada Rasullah SAW dan semoga kita layak meraih syurga-Nya.

Solat Witir

 
Harga:
S/M: RM 7.00
S/S: RM 9.00

Solat Witir sebagai bukti dan pernyataan seseorang untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah Rabbul ‘Alamin atas segala kurniaan nikmat tidak terhingga.  Ia juga sebagai lambing teguh dan padunya akidah seseorang kerana hubung kait dengan sifat keEsaan Allah SWT, sudah tentu orang yang bersolat Witir seupaya mungkin mentauhidkan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

Qiamullai dan Solat Tahajjud


Harga:
S/M: RM 10.00
S/S: RM 12.00

Hasan al-Basri berkata : “ Aku tidak dapati mana-mana ibadat lebih payah daripada solat tengah malam.  Ditanya kepadanya : Bagaimana keadaan ahli tahajjud yang muka mereka sangat bersih? Jawabnya : Kerana mereka berkhalwat dengan Tuhan yang Rahman lantas dipakaikan kepada mereka daripada cahayaNya.  Abu Sulaiman Al-Darani berkata : “ Ahli qiamullai dalam malam mereka lebih lazat daripada ahli lagha dalam kelalaian mereka dan kalaulah tidak kerana malam nescaya aku tidak suka untuk kekal di dunia ini.


Wednesday, April 16, 2014

Fiqh Al-Hijrah


Harga:
S/M: RM 12.00
S/S: RM 14.00

Buku  Fiqh al-Hirah dikemukakan bersempena menyambut sambutan Maal Hijrah kepada khalayak dan umat Islam bagi memahami dan mengambil pengajaran serta iktibar dari peristiwa Hijrah Baginda.  Sekalipun ia bersifat kecil, tetapi  dirasakan telah memadai berdasarkan pengajaran dan iktibar yang dikemukakan. Ia bermula dengan  mukadimah  hijrah Rasullah SAW sehinggalah Baginda SAW  sampai ke Kota Suci Madinah al-Munawwarah.

Permata Buat Orang Beriman Jilid 1 dan Jilid 2


Harga:
S/M: RM 60.00
S/S: RM 65.00


Kandungannya buku meliputi hadis-hadis pilihan yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan keadaan masa kini bagi memantapkan kefahaman pembaca. Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam konteks kehidupan. Gaya bahasa yang informatif, dinamik dan cukup difahami beserta dimuatkan kisah-kisah teladan bagi dijadikan panduan hidup. Setiap tajuk dihuraikan secara ringkas dan mudah difahami.


Negara Sejahtera


Harga:
S/M: RM 10.00
S/S: RM 12.00


Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafur merupakan suatu kefahaman yang perlu difahami oleh umat islam pada zaman globalisasi ini., juga capaian maklumat tanpa sempadan dan kecelaruan yang tidak ketahuan. Agama Islam bersifat suci lagi murni mengajar penganutnya untuk memahami pembentukkan Negara berlandaskan nas dan dalil yang telah disyariatkan.  Buku Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur: Negara Sejahtera Rahmat untuk semua membicarakan secara mudah supaya umat islam tidak sewenang-wenangnya ditipu dan tidak bercelaru pemikiran, juga kefahaman serta menjadi rakyat yang baik dalam pembikinan Negara ke arah yang lebih baik dan sejahtera.

Ramadhan al-Mubarak : Fadhilat dan Hukum Puasa


Harga:
S/M: RM 15.00
S/S: RM 17.00

Buku yang bertajuk Ramadhan al-M ubarak Fadhilat dan Hukum Puasa ini, dikemukakan bagi menjawab segala kemusykilan dan permasalahan masyarakat dengan lebih jelas lagi.  Penulis menukilkan banyak fatwa ulama sama ada yang terdahulu atau masa kini yang merentasi pelbagai mazhab sama ada Syafi’e , Hanafi, Maliki, Hanbali dan lain-lainnya. Ia juga boleh memjadikan ikutan kepada orang-orang tertentu kerana adanya maslahah yang mungkin tidak dapat dielakkan sehingga bertaqlid kepada mazhab yang lain.


Makrifah Rasulullah SAW


Harga
S/M: RM 12.00
S/S: RM 14.00

Buku yang padat menggarap tulisan dan ilmu untuk difahami oleh masyarakat sejagat berkenaan keperibadian Rasulullah saw dan sirahnya.  Abu al-Hasan al-Nadwi berkata : -
“Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad SAW, jika anda telah mencapai umur tua, maka baginda SAW adalah contoh anda, jika anda fakir dan miskin, maka Baginda SAW teladan dan contoh bagi anda, jika anda kaya, maka Baginda SAW imam anda, jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda SAW juga turut serta berperang, jika anda redha, maka Baginda SAW pun redha.”

Kalimah Allah: Isu dan Penyelesaiannya.


Harga
S/M: RM 10.00
S/S: RM 12.00


Pengarang menghuraikan pertikaian yang berlaku berkaitan dengan isu kalimah Allah dengan penyelesaian secara harmoni. Ulama Tauhid berkata: Allah ialah ism alam (nama khas) kepada zat yang Maha Sempurna iaitu Allah SWT sedangkan makhluk ialah sifat yang mungkin ada dan dia adalah selain daripada Allah SWT. Allah ialah ism alam yang menunjukkan atas zat di mana semua nama Allah yang mulia terhimpun pada Allah. Allah ialah nama-Nya yang Maha Agung.