Total Pageviews

Tuesday, May 6, 2014

Haramkah Rokok

Siri Fiqh


Harga:
SM RM 12.00/ SS RM 14.00

Buku ini mengupas Isu Haramkah Rokok?. terdapat ulasan dari ulama' terdahulu, semasa serta pandangan dari Majlis Fatwa kebangsaan berkaitan dengan  rokok. Ia juga terdapat 10 tips atau petua untuk berhenti merokok.

Buku ini mengandungi 94 halaman dan cetakan empat warna.

Palestin Tak Pernah Gentar

Siri Fiqh dan Isu Semasa


Harga: 
S/M: RM 20.00
S/S: RM 22.00


Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar scenario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah. 

Syarikat Penerbitan : Telaga Biru

Syarah al-Hikam Jilid 1 & 2

Siri Premium



Harga:
S/M : RM 50.00
S/S: RM 52.00

Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat(akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT. 

Syarikat Penerbitan: Telaga Biru


Monday, May 5, 2014

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf

Siri Tasawuf


Harga:
S/M : RM 26.00
S/S: RM 28.00

Buku ini dihasilkan untuk menjawab segala persoalan mengenai tasawuf. Justeru, dengan persoalan yang dikemukakan ini dengan penuh raja’. Semoga kemelut tersebut terungkai mengikut Futuh al-‘Arifin dan Lisan al-Ulama’ serta hikmah mutiara kata dengan ilham Rabbani. 

Syarikat Penerbitan: Telaga Biru


Solat Sunat Pilihan

Siri Solat Sunat


Harga:
S/M: RM 20.00
S/S: RM 22.00

Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting: Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t. Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib.


Syarikat Penerbitan: Telaga Biru

Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan

Siri Hadis


Harga:
S/M: RM 30.00
S/S: RM 32.00

Buku ini mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan 4 perkara pokok iaitu:
Membentuk peribadi dan sahsiah insan, Ibadah, Perhubungan di antara insan, Bidang kerjaya dan ekonomi. Ia ditulis untuk masyarakat umum dan sangat sesuai dijadikan modul kursus, usrah dan tazkirah serta bahan rujukan pensyarah dan pelajar universiti. 

Syarikat Penerbitan : Telaga Biru 

Hadis Modal Insan 2

Siri Hadis


Harga:
S/M: RM 29.90
S/S: RM 31.90


Himpunan Hadis Modal Insan 2 adalah sambungan dari Himpunan Hadis Modal Insan yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jilid 2 ini memaparkan 25 hadis lagi (Hadis 26-50) merangkumi 4 aspek kehidupan : Membentuk peribadi dan sahsiah insane, bidang pekerjaan dan kerjaya, perhubungan sesame manusia dan bidang ekonomi.

Syarikat Penerbitan: Telaga Biru

Himpunan Hadis Modal Insan

Siri Hadis

Harga:
S/M: RM 29.90
S/S: RM 31.90


Himpunan Hadis Modal Insan ini memaparkan 25 hadis merangkumi 4 aspek kehidupan:

· Membentuk peribadi dan sahsiah insan:  Akhlak, ilmu, sifat istiqamah, tafakur, syukur, berani, benar, ikhlas, marah dan malu.

· Bidang pekerjaan dan kerjaya: ketekunan bekerja, pengurusan masa, inovasi, memudahkan urusan, contoh yang baik, menjauhi sifat malas dan sikap bertangguh kerja.

· Perhubungan sesame manusia: kerjasama, nasihat menasihati, sifat mungkir janji dan dusta.

· Bidang ekonomi: pembangunan dan perbelanjaan.



Syarikat Penerbitan: Terbitan Telaga Biru

Haji Apa Selepasnya?

Siri Fiqh


Harga:
S/M: RM 15.00
S/S: RM 17.00

Saat kita pulang menunaikan haji, ditamatkan dengan acara tawaf wada’ menyebabkan kita merasa cukup hiba dan sedih tatkala ingin berpisah dari tempat yang paling suci dan mulia di bumi ini. Persoalannya, apa selepas haji? Buku ini cuba mengemukakan sejumlah rancangan yang sepatutnya yang dilakukan oleh jemaah haji. Justeru jangan biarkan ‘haji mabrur’ runtuh dengan kehidupan yang dilaluinya selepas haji.

Wasiat Untuk Anakku

Siri Nasihat


Harga:
S/M: RM 15.00
S/S: RM 17.00

Buku ini sarat dengan wasiat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran.  Ia umpama seperti buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati muridnya.  Isi kandungan buku ini adalah berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi dengan sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru.  Ia diperkukuhkan lagi dengan  pemberian beberapa doa amalan untuk anaknya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar .  Oleh itu buku ini bukan sahaja sesuai dimiliki oleh para pelajar tetapi juga kepada ibubapa yang ingin mengajar anak-anaknya doa ringkas untuk dijadikan amalan harian.


Nota Untuk Anakku

Siri Nasihat


Harga:
S/M: RM 12.00
S/S: RM 14.00


Buku ini sarat dengan nasihat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran.  Ia umpama seperti buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati muridnya.  Isi kandungan buku ini adalah berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi dengan sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru.  Ia diperkukuhkan lagi dengan contoh teladan dan mutiara kata dari pujangga dan cendiakawan tentang erti kehidupan.  Buku ini diakhiri dengan beberapa doa amalan untuk para pelajar dalam menuntu ilmu.  Oleh itu ia amat sesuai dimiliki oleh para pelajar yang ingin meningkatkan mutu pembelajarannya.

Rumahku Syurgaku

Rumahku Syurgaku


Harga:
S/M: RM 20.00
S/S: RM 22.00


Islam mensyariatkan perkahwinan dan  menetapkan peraturan yang sempurna berdasarkan prinsip yang kukuh dan menjamin kestabilan masyarakat, kebahagiaan keluarga, tersebarnya kebaikan, pemeliharaan budi pekerti dan mengekalkan generasi manusia. Antaranya, memenuhi keperluan fitrah manusia, mewujudkan ketenangan jiwa dan rohani, dan memelihara generasi manusia yang sejahtera.

Krisis Syria & Mauqif Ulama




Harga:
S/M: RM 25.00
S/S: RM 27.00

Krisis Syria dan Mauqif Ulama merupakan sebuah buku berkenaan pergolakan sebenar yang berlaku di bumi Syria. Buku ini membongkar kezaliman rejim Basyar Asad terhadap rakyatnya sendiri dengan pembunuhan, penjara   penyiksaan dan terpaksa menjadi pelarian.