Total Pageviews

Thursday, August 21, 2014

Pemimpin Yang Adil


Harga
SM RM 10.00/ SS RM 12.00

Sebuah kerajaan Islam yang adil ialah kerajaan yang mana para pemimpin dan pegawai tadbir agensinya terdiri daripada orang Islam yang beriltizam dengan Islam dalam diri mereka.

Buku ini mengandungi 91 halaman dan cetakan dua warna.

Wednesday, August 20, 2014

Titian Sirat: Menuju Ke Syurga atau Ke Neraka?


Harga
SM RM 10.00/ SS RM 12.00

Sebenarnya isu aqidah adalah isu pokok dan asas dianggap sebagai usul dalam qalam, arasy, titian sirat, syurga , neraka, timbangan mizan dan lain-lain lagi yang termasuk dibawah tajuk beriman dengan hari akhirat.
Justeru amat wajar untuk ditekuni oleh para ulama dan juga umat Islam agar kefahamannya itu benar-benar menepati nas syariat bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Buku ini mengandungi 44 halaman dan cetakan dua warna.

Prinsip Mazhab Asya'irah & Sejarahnya


Harga
SM RM 11.00/ SS RM 13.00

Mazhab Asya'irah termasuk dalam aqidah Islamiah yang diterima pakai oleh jumhur umat Islam dan kebanyakan ulamanya bermula daripada zaman kenabian dan sepanjang sejarah Islam hingga ke hari ini. Sehingga Allah wariskan dunia ini kepada siapa yang dikehendakinya.

Mazhab Asya'irah dinisbahkan kepada pengasasnya dan pemimpin utamanya al-Syeikh Abi al-Hasan Ali Bin Ismail Asy'ari yang dilahirkan di kota Basrah pada tahun 260H dan meninggal dunia di kota Baghdad pada tahun 324H.

Buku ini mengandungi 80 halaman dan cetakan dua warna.

Dr. Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith


Harga
SM RM 17.00/ SS RM 19.00

Beliau membelanjakan seluruh harta yang diinfaqkan dengan kata: "Harta-harta manusia yang mereka sumbangkan untuk amal kebajikan tidak mungkin bagiku membazirkannya walaupun seriyal".
Beliau menubuhkan sekolah-sekolah pembelajaran dan pendidikan untuk anak-anak Afrika lebih daripada setengah juta orang.
Beliau menubuhkan 5 buah universiti di Afrika.
Beliau menggali telaga untuk penduduk lebih daripada 12000.
Beliau adalah Dr. Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith.

Buku ini mengandungi 80 halaman dan cetakan empat warna.

Maqasid Al-Syariah

Harga
SM RM 10.00/ SS RM 12.00 

Ibn 'Ashur berkata: "Setiap Mukallaf perlu kepada pengetahuan Maqasid Syariah, ini kerana mengetahui Maqasid al-Syariah adalah jenis yang halus dan seni daripada pelbagai jenis ilmu. Bahawa menjadi suatu hak bagi seorang alim mengetahui maqasid daripada ulama pelbagai tingkatan kefahaman dan penguasaan ilmunya".

Buku ini mengandungi 62 halaman dan cetakan dua warna

Telaga Barahut & Persoalan yang Berkaitan Dengannya


Harga
SM RM 11.00/ SS RM 13.00

Sheikh Ahmad al-Sobban berkata: "Walaupun banyak riwayat ahli sejarah menceritakan telaga Barahut terletak di Ahqaf, tetapi tidak ada seorangpun yang boleh menetapkan tempat Barahut ini berdasarkan dalil hakiki yang boleh menenangkan akal".

Semoga terbitnya buku Telaga Barahut & Persoalan yang Berkaitan Dengannya ini akan menjawab segala persoalan yang berlegar dalam kalangan pembaca dengan kefahaman yang betul.

Buku ini mengandungi 74 halaman dan cetakan dua warna.

Tuesday, August 19, 2014

Ahli Sunnah Waljamaah & Usulnya


Harga
SM RM 11.00/ SS RM 13.00

Penemuan banyak artikel Islam seperti Batu Bersurat di Terengganu, Wang Syiling yang ada lambang Islam dan kesan-kesan yang terdapat di Kelantan, Pahang, Kedah, Acheh dan Palembang dan banyak lagi jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam sudah lama bertapak di Nusantara ini. 
Buku ini juga dinyatakan Asas Manhaj dan Dasar Ahli Sunnah

Buku ini mengandungi 70 halaman dan cetakan dua warna.