Total Pageviews

Monday, August 18, 2014

Solat Sunat Hajat dan Doa

Solat Hajat

Harga
SM RM 26.00/ SS RM 28.00

Solat menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang sebenar sebagai hamba kepunyaan Allah SWT. Dia akan sentiasa menyedarinya setiap kali berhadapan dengan masalah hidup dan perhubungan dengan orang lain. Solat yang akan dilakukan dapat mengingatkan semula bahawa dia adlah hamba kepunyaan Allah SWT.
Mutakhir ini kita sering menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi yang kadang-kadang tidak disangka oleh akal kita. Kemungkinan membawa kepada tragedi dan juga bencana yang mungkin melemahkan semangat kita dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan. lebih-lebih lagi ketika mana hubungan kita dengan yang Maha Esa begitu renggang ibarat retak menanti belah. Ini sudah pasti menyukarkan kita untuk mengecapi kehidupan yang bahagia, harmoni daan selesa. Justeru, amat wajar umat Islam kembali kepada asas kehidupannya dengan berdoa, solat hajat dan kembali kepadaNya.

Buku ini mengandungi 144 halaman dan cetakan empat warna.

No comments:

Post a Comment