Total Pageviews

Thursday, August 21, 2014

Pemimpin Yang Adil


Harga
SM RM 10.00/ SS RM 12.00

Sebuah kerajaan Islam yang adil ialah kerajaan yang mana para pemimpin dan pegawai tadbir agensinya terdiri daripada orang Islam yang beriltizam dengan Islam dalam diri mereka.

Buku ini mengandungi 91 halaman dan cetakan dua warna.

Wednesday, August 20, 2014

Titian Sirat: Menuju Ke Syurga atau Ke Neraka?


Harga
SM RM 10.00/ SS RM 12.00

Sebenarnya isu aqidah adalah isu pokok dan asas dianggap sebagai usul dalam qalam, arasy, titian sirat, syurga , neraka, timbangan mizan dan lain-lain lagi yang termasuk dibawah tajuk beriman dengan hari akhirat.
Justeru amat wajar untuk ditekuni oleh para ulama dan juga umat Islam agar kefahamannya itu benar-benar menepati nas syariat bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Buku ini mengandungi 44 halaman dan cetakan dua warna.

Prinsip Mazhab Asya'irah & Sejarahnya


Harga
SM RM 11.00/ SS RM 13.00

Mazhab Asya'irah termasuk dalam aqidah Islamiah yang diterima pakai oleh jumhur umat Islam dan kebanyakan ulamanya bermula daripada zaman kenabian dan sepanjang sejarah Islam hingga ke hari ini. Sehingga Allah wariskan dunia ini kepada siapa yang dikehendakinya.

Mazhab Asya'irah dinisbahkan kepada pengasasnya dan pemimpin utamanya al-Syeikh Abi al-Hasan Ali Bin Ismail Asy'ari yang dilahirkan di kota Basrah pada tahun 260H dan meninggal dunia di kota Baghdad pada tahun 324H.

Buku ini mengandungi 80 halaman dan cetakan dua warna.

Dr. Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith


Harga
SM RM 17.00/ SS RM 19.00

Beliau membelanjakan seluruh harta yang diinfaqkan dengan kata: "Harta-harta manusia yang mereka sumbangkan untuk amal kebajikan tidak mungkin bagiku membazirkannya walaupun seriyal".
Beliau menubuhkan sekolah-sekolah pembelajaran dan pendidikan untuk anak-anak Afrika lebih daripada setengah juta orang.
Beliau menubuhkan 5 buah universiti di Afrika.
Beliau menggali telaga untuk penduduk lebih daripada 12000.
Beliau adalah Dr. Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith.

Buku ini mengandungi 80 halaman dan cetakan empat warna.

Maqasid Al-Syariah

Harga
SM RM 10.00/ SS RM 12.00 

Ibn 'Ashur berkata: "Setiap Mukallaf perlu kepada pengetahuan Maqasid Syariah, ini kerana mengetahui Maqasid al-Syariah adalah jenis yang halus dan seni daripada pelbagai jenis ilmu. Bahawa menjadi suatu hak bagi seorang alim mengetahui maqasid daripada ulama pelbagai tingkatan kefahaman dan penguasaan ilmunya".

Buku ini mengandungi 62 halaman dan cetakan dua warna

Telaga Barahut & Persoalan yang Berkaitan Dengannya


Harga
SM RM 11.00/ SS RM 13.00

Sheikh Ahmad al-Sobban berkata: "Walaupun banyak riwayat ahli sejarah menceritakan telaga Barahut terletak di Ahqaf, tetapi tidak ada seorangpun yang boleh menetapkan tempat Barahut ini berdasarkan dalil hakiki yang boleh menenangkan akal".

Semoga terbitnya buku Telaga Barahut & Persoalan yang Berkaitan Dengannya ini akan menjawab segala persoalan yang berlegar dalam kalangan pembaca dengan kefahaman yang betul.

Buku ini mengandungi 74 halaman dan cetakan dua warna.

Tuesday, August 19, 2014

Ahli Sunnah Waljamaah & Usulnya


Harga
SM RM 11.00/ SS RM 13.00

Penemuan banyak artikel Islam seperti Batu Bersurat di Terengganu, Wang Syiling yang ada lambang Islam dan kesan-kesan yang terdapat di Kelantan, Pahang, Kedah, Acheh dan Palembang dan banyak lagi jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam sudah lama bertapak di Nusantara ini. 
Buku ini juga dinyatakan Asas Manhaj dan Dasar Ahli Sunnah

Buku ini mengandungi 70 halaman dan cetakan dua warna.

Talak & Permasalahannya


Harga
SM RM 10.00/ SS RM 12.00

Perkahwinan adalah untuk mengekalkan kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Allah SWT telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan untuk menjamin kebahagiaan serta menyuburkan hubungan mereka.
Walau bagaimanapun, kadangkal terdapat suami isteri atau seorang daripada mereka tidak mematuhinya, maka talak adalah jalan keluar dari kemelut ini.

Buku ini mengandungi 80 halaman dan cetakan dua warna.

Khinzir


Harga
SM RM 16.00/ SS RM 18.00

Isu Khinzir atau babi sentiasa menjadi perbincangan yang hangat oleh masyarakat Islam terutamanya membabitkan soal permakanan. Amat wajar jika umat Islam dapat memastikan makanan yang disuap ke mulut masing-masing adalah dari yang halal tanpa syak dan ragu-ragu, sementelahan lagi yang haram.
Semoga pencerahan daripada buku kecil ini yang bertajuk Khinzir: Penciptaan & Hukum-Hukum akan memberi kefahaman kepada para pembaca untuk memahami apa jua hikmah disebalik ciptaan Allah SWT.

Guru Quran Profesional


Harga
SM RM 25.00/ SS RM 27.00

Pembentukan Guru al-Quran Profesional bukanlah semudah ucapan dibibir. ia memerlukan komitmen yang tinggi dalam membina karakter seseorang guru al-Quran yang profesional dan berketerampilan dalam menyampaikan ilmu al-Quran kepada masyarakat.

Buku ini mempunyai 110 halaman dan cetakan empat warna.

Ramadhan al-Mubarak Edisi Kemaskini



Harga
SM RM 19.00/ SS RM 21.00

Buku ini adalah edisi kemaskini dari segi fadhilat dan hukum puasa. Antara kandungannya meliputi aspek hukum pada masa kini. sebagai contoh hukum menggunakan Eye-Mo diwaktu siang hari dan pelbagai soalan isu-isu semasa yang lain. 

Buku ini mengandungi 138 halaman dan cetakan empat warna.

Monday, August 18, 2014

Umar Abdul Aziz


Harga 
SM RM 16.00/ SS RM 18.00

Imam al- Nawai Rahimahullah berkata: "Umar Ibn Abdul Aziz adalah salah seorang Khulafa al-Rasyidin dan manaqibnya amat banyak untuk dihitung". Beliau juga berkata: "Pemerintahan Umar Ibn Abdul Aziz selama dua tahun lima bulan hampir sama dengan Pemerintahan Abu Bakar yang penuh dengan keadilan mengikut sunnah dan mematikan semua jalan kejahatan".
Sufyan al-Thauri, Imam al-Syafie dan Abu Bakar Iyash Rahimahullah pernah berkata: "Khulafa al-Rasyidin ada lima orang. Mereka terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq RA, Umar Ibn al-Khattab RA, Uthman bin Affan RA, Ali bin Abi Talib RA dan Umar Ibn Abdul Aziz".

Mengandungi 140 halaman dan cetakan dua warna.

Biografi Abu Hasan al-Asy'ari



Harga 
SM RM 6.00/ SS RM 7.00
Abu Hasan al-Asy'ari merupakan anak Ismail yang berketurunan daripada Abu Musa al-Asy'ari dari seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal.
Walaupun usianya banyak dihabiskan dengan mendalami fahaman Mu'tazilah dan berkemungkinan besar kepimpinan mazhab itu kelak akan berpindah kepadanya. Namun beliau telah ditakdirkan menjadi pembela Ahli Sunnah.

Solat Sunat Hajat dan Doa

Solat Hajat

Harga
SM RM 26.00/ SS RM 28.00

Solat menyedarkan manusia akan hakikat dirinya yang sebenar sebagai hamba kepunyaan Allah SWT. Dia akan sentiasa menyedarinya setiap kali berhadapan dengan masalah hidup dan perhubungan dengan orang lain. Solat yang akan dilakukan dapat mengingatkan semula bahawa dia adlah hamba kepunyaan Allah SWT.
Mutakhir ini kita sering menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi yang kadang-kadang tidak disangka oleh akal kita. Kemungkinan membawa kepada tragedi dan juga bencana yang mungkin melemahkan semangat kita dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan. lebih-lebih lagi ketika mana hubungan kita dengan yang Maha Esa begitu renggang ibarat retak menanti belah. Ini sudah pasti menyukarkan kita untuk mengecapi kehidupan yang bahagia, harmoni daan selesa. Justeru, amat wajar umat Islam kembali kepada asas kehidupannya dengan berdoa, solat hajat dan kembali kepadaNya.

Buku ini mengandungi 144 halaman dan cetakan empat warna.

Solat Sunat Istisqa'

Solat Istisqa'

Harga
SM RM 8.00/ SS RM 9.00

Solat Sunat Istisqa' adalah amalan biasa para salaf al-Soleh dan ulama' Islam sejak zaman dahulu lagi. Oleh itu sewajarnya kita apabila ditimpa kemarau yang panjang perlu bersegera bagi menunaikan solat istisqa' sebagai jawapan Islam dalam menyelesaikan kemelut kemarau. 

Buku ini mengandungi 51 halaman bercetak dan cetakan dua warna sahaja.

Solat Sunat Duha

Solat Duha

Harga 
SM 9.00/ SS 10.00

Solat Duha amat penting dalam kehidupan seharian khususnya bagi golongan yang bekerja. Orang yang benar-benar bertakwa tidak pernah lalai daripada melaksanakan tuntutan ini. sekalipun sibuk melakukan tugas harian. Umat Islam sepatutnya tidak lupa daripada menghadap Allah SWT pada waktu rancak mengejar urusan berkenaan dunia.

Buku ini mempunyai 56 halaman bercetak dan cetakan dua warna sahaja.

Solat Sunat Tarawih

Solat Sunat Tarawih

Harga
SM RM 9.00/ SS RM 10.00

Solat Tarawih merupakan salah satu solat nawafil yang begitu dikenaki umat Islam dan disebut-sebut apabila tibanya bulan Ramadhan. Solat sunat ini hanya khusus dikerjakan pada bulan Ramadhan sahaja dan tidak disunat mengerjakannya pada bulan lain. Ia sebagai suatu tambahan kepada solat sunat yang lain yang sedia ada pada bulan yang mulia ini. Solat tarawih juga dinamakan solat malam(Solat Tahajjud). Oleh itu, Imam al-Nawawi menyebut bahawa maksud qiyam Ramadhan itu adalah Solat Tarawih.

Buku ini mengandungi 50 halaman bercetak dan cetakan dua warna sahaja.

Solat Sunat Hari Raya & Adab Berhari Raya



Siri imam 4 Mazhab

                                                                  Siri Imam 4 Mazhab

Harga Promosi
SM/SS RM 40.00

Tuesday, May 6, 2014

Haramkah Rokok

Siri Fiqh


Harga:
SM RM 12.00/ SS RM 14.00

Buku ini mengupas Isu Haramkah Rokok?. terdapat ulasan dari ulama' terdahulu, semasa serta pandangan dari Majlis Fatwa kebangsaan berkaitan dengan  rokok. Ia juga terdapat 10 tips atau petua untuk berhenti merokok.

Buku ini mengandungi 94 halaman dan cetakan empat warna.

Palestin Tak Pernah Gentar

Siri Fiqh dan Isu Semasa


Harga: 
S/M: RM 20.00
S/S: RM 22.00


Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbangsa palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar sebenar scenario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah. 

Syarikat Penerbitan : Telaga Biru

Syarah al-Hikam Jilid 1 & 2

Siri Premium



Harga:
S/M : RM 50.00
S/S: RM 52.00

Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat(akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT. 

Syarikat Penerbitan: Telaga Biru


Monday, May 5, 2014

Soal Jawab A-Z Tentang Tasawuf

Siri Tasawuf


Harga:
S/M : RM 26.00
S/S: RM 28.00

Buku ini dihasilkan untuk menjawab segala persoalan mengenai tasawuf. Justeru, dengan persoalan yang dikemukakan ini dengan penuh raja’. Semoga kemelut tersebut terungkai mengikut Futuh al-‘Arifin dan Lisan al-Ulama’ serta hikmah mutiara kata dengan ilham Rabbani. 

Syarikat Penerbitan: Telaga Biru


Solat Sunat Pilihan

Siri Solat Sunat


Harga:
S/M: RM 20.00
S/S: RM 22.00

Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting: Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t. Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib.


Syarikat Penerbitan: Telaga Biru

Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan

Siri Hadis


Harga:
S/M: RM 30.00
S/S: RM 32.00

Buku ini mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan 4 perkara pokok iaitu:
Membentuk peribadi dan sahsiah insan, Ibadah, Perhubungan di antara insan, Bidang kerjaya dan ekonomi. Ia ditulis untuk masyarakat umum dan sangat sesuai dijadikan modul kursus, usrah dan tazkirah serta bahan rujukan pensyarah dan pelajar universiti. 

Syarikat Penerbitan : Telaga Biru 

Hadis Modal Insan 2

Siri Hadis


Harga:
S/M: RM 29.90
S/S: RM 31.90


Himpunan Hadis Modal Insan 2 adalah sambungan dari Himpunan Hadis Modal Insan yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jilid 2 ini memaparkan 25 hadis lagi (Hadis 26-50) merangkumi 4 aspek kehidupan : Membentuk peribadi dan sahsiah insane, bidang pekerjaan dan kerjaya, perhubungan sesame manusia dan bidang ekonomi.

Syarikat Penerbitan: Telaga Biru

Himpunan Hadis Modal Insan

Siri Hadis

Harga:
S/M: RM 29.90
S/S: RM 31.90


Himpunan Hadis Modal Insan ini memaparkan 25 hadis merangkumi 4 aspek kehidupan:

· Membentuk peribadi dan sahsiah insan:  Akhlak, ilmu, sifat istiqamah, tafakur, syukur, berani, benar, ikhlas, marah dan malu.

· Bidang pekerjaan dan kerjaya: ketekunan bekerja, pengurusan masa, inovasi, memudahkan urusan, contoh yang baik, menjauhi sifat malas dan sikap bertangguh kerja.

· Perhubungan sesame manusia: kerjasama, nasihat menasihati, sifat mungkir janji dan dusta.

· Bidang ekonomi: pembangunan dan perbelanjaan.



Syarikat Penerbitan: Terbitan Telaga Biru

Haji Apa Selepasnya?

Siri Fiqh


Harga:
S/M: RM 15.00
S/S: RM 17.00

Saat kita pulang menunaikan haji, ditamatkan dengan acara tawaf wada’ menyebabkan kita merasa cukup hiba dan sedih tatkala ingin berpisah dari tempat yang paling suci dan mulia di bumi ini. Persoalannya, apa selepas haji? Buku ini cuba mengemukakan sejumlah rancangan yang sepatutnya yang dilakukan oleh jemaah haji. Justeru jangan biarkan ‘haji mabrur’ runtuh dengan kehidupan yang dilaluinya selepas haji.

Wasiat Untuk Anakku

Siri Nasihat


Harga:
S/M: RM 15.00
S/S: RM 17.00

Buku ini sarat dengan wasiat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran.  Ia umpama seperti buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati muridnya.  Isi kandungan buku ini adalah berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi dengan sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru.  Ia diperkukuhkan lagi dengan  pemberian beberapa doa amalan untuk anaknya menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar .  Oleh itu buku ini bukan sahaja sesuai dimiliki oleh para pelajar tetapi juga kepada ibubapa yang ingin mengajar anak-anaknya doa ringkas untuk dijadikan amalan harian.


Nota Untuk Anakku

Siri Nasihat


Harga:
S/M: RM 12.00
S/S: RM 14.00


Buku ini sarat dengan nasihat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran.  Ia umpama seperti buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati muridnya.  Isi kandungan buku ini adalah berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi dengan sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru.  Ia diperkukuhkan lagi dengan contoh teladan dan mutiara kata dari pujangga dan cendiakawan tentang erti kehidupan.  Buku ini diakhiri dengan beberapa doa amalan untuk para pelajar dalam menuntu ilmu.  Oleh itu ia amat sesuai dimiliki oleh para pelajar yang ingin meningkatkan mutu pembelajarannya.